Assalamualaikum korang. Tadi lepas bace yassin, tokbah den ade bagi ceramah sikit. So sebab den sayang korang sangat sangat sebab Dia. Den pun ambil keputusan((cehh)) utk bagitahu korang pasal ni.
1. Kita kena rajin berzikir. Sebab orang yg rajin berzikir ni orang yang selalu ingat Allah. Bila hamba tu ingat Tuhan dia, of course lah Allah pun akan ingat kita kan. Kita selangkah padaNya, Allah sehasta kepada kita. Tak seronok tu ? Ya Allah
2. Rajin rajin selawat. Rasanya korang tahu kan kelebihan selawat ? Ahaha ofcourse ah, kawan ana semuanya genius genius belaka kan. Tapi den tetap nak bagitahu juga, rajin selawat, dapat syafaat rasulullah. Bayangkan kita punya timbangan mizan tu beratnya lebih kepada yang kiri dan kita termasuk dalam golongan ashabul shimal ((golongan kiri. Which is buku amalannya will be accpeted by his right hand)) but tiba tiba datang seorang lelaki tarik kita keluar drpd neraka and the only reason kita kena tarik keluar dari neraka and supp supp terus kena transfer masuk syurga is sebab kita rajin selawatt. Fuhhh. Lega. Ok stop bayangkan. Seronok dok ? ahaks
3. Qada' solat. I know kita semua ade buat dosa kan after being hitted by puberty like tinggal solat. Sebab kita dah terbiasa tinggal solat and bila dah baligh pun terikut perangai malas tu. Ish setan memang ade je nak sesatkan kita. Benci ! If u want to know, orang yang tinggal solat ni kan kan amalan dia, sedekah dia, puasa dia semua kebajikan dia Allah dok accept. Pehh. Bayangkan korang send chocolate bunga hadiah
dekat crush korang but suddenly dia tolak. Pehh apesehh perasaan kita ? Hahh amalan kita tak diterima Allah beribu ribu kali ganda broken heart doe. Ya Allah rasa macam kena panah petir dengan kelajuan voltan k ngarut. So kalau boleh kita qada' la solat tu ikut kemampuan kita
4. Al kahfi. Pehh surah ni famous. Bukan setakat famous daripada famous amos tu bahkan dia mempunyai kuasa sakti yang betul betul hebat sampaikan rasulullah arah kita yg duduk dekat akhir zaman ni hafal 10 ayat pertamanya. Tahu awat nabi suruh kita hafal ? Sebab kita ni sekarang ni ada dekat fasa genting. Fasa dimana umat islam kian mundur iman dan akidahnya saat dimana si pakcik dajjal bermata buruk datang nak hembus fitnah dekat kita biar kita sesat. Masuk neraka! Eeee geram jee tgok. Rase nak sepuk je si pakcik dajjal tu. Eh eh jangan sepuk, kalau hangpa pi sepuk dia, nanti hangpa kena sepuk balik. So sebaiknya kita belanja sepuluh ayat al kahfi kasi si pakcik dajjal tu lari lintang pukang. Padan muka. Tak kena pukul pun takut. Eheh.
5. "Wahai malaikat Janganlah engkau seksa si mati ini !" "Mengapa pula begitu ? Sesungguhnya jika engkau membela si mati, pergi lah engkau menghadap tuhanmu" si dia pun bertemu dgan tuhannya. "Wahai tuhan ku yang Maha agung, apakah engkau sanggup menyeksa si mati sedangkan aku berada di dalam hatinya ?" Maka jawab Tuhan yang Maha Esa lagi Maha agung "baiklah aku serahkan dia kepada kamu. Bela lah dia dengan syafaat mu" "yeayy" si dia pun bersorak kegembiraan. Wait siapakah 'si dia' tu ? Zayn malik ke ? Ahli exo kan ? Waittttttt nooo. Never in a million years ahaks. Si dia yang baik hati membela seseorang insan walaupun amalnya kosong tetapi sebab insan tu rela meletakkan 'si dia' di dalam hatinya, insan itu pun terselamat dri azab kubur yang maha dahsyat. Fuh ok bebel je 'si dia' itu ialah jeng jeng surah ke 67 di dalam al quran iaitu al mulk :)
6. Percaya tak yang kita ni boleh menanam kebun atau membina taman di syurga walaupun kita tak jejakkan kaki tu laie pun dalam syurga. Woahhh kok gitu ? Gi mana ya ? ((Lulz)) ahahha senang je. Rajin rajin baca zikir "subhanaallah. Alhamdulillah. La ilaha illallah. Allahu akbar" kalau kita dah ada taman dekat syurga kan. Agak agak sanggup ke Allah tolak kita ke neraka ?
7. Subhanallahi wa bihamdihi. Subhanaallahil adzim means Allah is free from imperfection and all praise is due to Him. Allah is free from imperfection, The greatest. By reading this sentence, u can 'boloskan' dacing sebelah kanan awak. Ahaks.
8. "Limit kan kegembiraan kita." Limitkan ? Alaaaa awat pulak ? Ahaha. Limitkan gembira kita dekat dunia ni. Kurangkan sikit gelak gelak, have fun semua tu sebab ad dunya sijnul mukminin wa jannatul kafir. Sebab dunia ni penjara utk orang mukmin dan syurga untuk orang kafir. Kalau hidup kita dekat dunia ni kita gunakan untuk seronok seronok happy sana happy sini je nanti dekat akhirat apa kita nak dapat ? Tak kan nak dapat sebaliknya pulakkan. And ingatlah kurangkan keseronokkan dekat dunia ni sebab kita ni bukannya dijamin masuk syurgakan. "But heyy. Kan semua orang islam akan masuk syurga ah!" Amboi. Memang lah masuk tapi awak tahan ke duduk dalam neraka berjuta juta tahun sambil tggu turn masuk syurga ? Sanggup ke ? Gulp. Ingatlah orang yang beriman dia berpenat penat n bersusah susah di dunia. Boleh rujuk sirah semula. Tapi bila di akhirat. Depa la paling bahagia btw bahagia and gembira ni lain taw. Ahaks.
9. Ok topik ni quite sensitive ahaha tapi sebab nak tegakkan kebenaran macam mana Fatimah, adik saidina umar menegakkan kebenaran tentang islam kepada saidina umar, macam asma yang ditampar abu jahal sebab tak mau beritahu mana ayahnya dan rasulnya pergi so den terpakse tegur juga. Emm tak mau ah couple couple ni. Serious kalau betul kita sayang dia kan hm sanggup ke kita bergaduh dgan dia depan Allah nanti ? So kalau betul betul sayang, putuslah dengan dia. Ye memang susah. Susah sangat. Ingat senang ke nak jaga ikhtilat ni ? Susah weh susah nak nak bila kita dah selalu dengan dia kan. Tapi cinta siapa lagi penting ? Allah ke si dia ? Hm if u guys are really meant to be together, dont worry Allah got His plan. Tu la ujian yang kita bakal terima. Wether kita redha ke tak dengan syariatNya ? Ingatlah sebab Allah tahu setiap muslim ni qowiy dats y Dia suruh kita jaga ikhtilatkan. Simpan je dia tu dalam doa. Sebab doa tu Allah pegang. Allah iya semua Allah yang pegang taw. Siapa berani mau kacau. Kalau simpan dalam hati, get ready la untuk merasaa hati yang berbolak balik kejap sayang kejap tak ahaha. Fasabrun jameel kalau takde jodoh dekat dunia ni, ada lah tu dekat syurga nanti
10. Tutup aurat ehehe. Untuk ukhtis sekalian labuhkan tudung awak. Sarungkan kaki awak dengan sehelai kain penyelamat bernama stokin. Longgarkan pakaian mu. Subhanaallah cantik kalau pakai tak tutup aurat ingat lah, mata lelaki ni macam scanner. Plus den ade bace blog sorang akhi ni dia kata "setiap inci wanita adalah indah bagi lelaki" ya Allah creepy weh. And lelaki. Tak yah nak bajet senang sangat lah. Pakai seluar tu mohon lepas lutut. Tahu tegur akhwat je. Diri sendiri pun same je padahal. Hek elehh ahaha k gurau. 11. Emm ni simple je. Kalau tak mahu boikot, mohon sumbang doa berdas das kalau bom israel jatuh ke bumi palestine k. Bukannya apa. Nanti Allah soal taw kenapa kita tak bantu saudara kita bila dah sampai akhirat nanti. Hah jangan memain. Kita happy dekat dunia sebab dapat minum stabaks n makan mekdi while our bros n sis dkat palestine syria merana kena bom kena sembelih kena bedil pehh tapii bila dekat akhirat depa semua dapat nikmat syurga yang berjuta juta juta juta or maybe zillion kali lebih best dri di dunia n kita pulak dok fikir jawapan apa nak bagi dekat tuhan bila Dia tanya awat dok mahu tolong saudara muslim kita ? Ahaha no offence
12. Selain rasulullah s.a.w, Al quran juga adalah makhluk yang diizinkan Allah untuk memberi syafaat kepada kita but bukan free k. Bayar ah bayar dulu baru boleh. Cehh ahaha. Rajinkan diri baca dan amalkan al quran. Kalau malas tu dah sampai tahap infinity kan baca satu page satu hari pun takpelah. Istiqamah Allah pun gemar.
Untuk korang, maaflah kalau ada terkasar or tersalah bahasa ke hm den sayang korang dats y den beritahu semua ni. Kan kita dah sebut "ukhwah fillah till jannah" janjikan nak masuk syurga sesama plus kalau kita terpilih untuk menghuni syurga((harap harap. Ameen ya rabbal alamin. Insyaallah)) kita boleh lihat Allah taw. Tokbah den kata, kalau kita dapat tengok Allah seribu((no sure how much)) tahun pun kita masihh kagum. Pehhhhhhhhh. Best tuuuu. Mashaallah >.< so den harap kita semua ni dapat berubah and amalkan apa yang disuruhNya dan tinggalkan laranganNya. Remember this world is nothing when akhirah is yours plus dunia pun dah tenat dah hm so banyakkan la beramal instead of fikir about duniawi. Den pun bukan budak baik. Dosa den menggunung gunung Melagha juga tapi bila fikir balik. Allah Bila matahari dah terbit belah barat, nangis menyesal air mata darah pun tak berguna taw hm
When u think no one loves u, remember dat Allah does. His love is greater than a mother's love. When u think u have no one to miss u, remember prophet Muhammad pbuh misses us sooo sooo soo muchhh. He waits u in jannah dear
So maafkan semua kesilapan den ya. Halalkan everything yang korang pernah bagi dekat den. I love u guys fillah, dear neighbours in jannah sorry panjang giler Assalamualaikum

Tiada ulasan:
Catat Ulasan