Kisah ini sangat baik buat pelajar lelaki mahupun perempuan,yang sangat takutkan kegagalan dalam pelajran
"Nurul Atikah"
"Siti Aisyah"
Satu-persatu nama dipanggil. Sekali imbas ainul melihat markah yang tertera pada kertas rakannya.
41/50. "Subhanallah, bijak!"
49/50. "Hebat!"
Tangan Ainul semakin menggigil. Berpeluh. Takut lain
macam. Mana tidaknya, usrah bersama adik-adik
terpaksa dia tangguhkan kerana ingin membuat
persediaan. Meeting dengan ahli persatuan terpaksa dia
'skip' untuk belajar 'killer subject' ni
"Nur Ainul"
Kakinya berat hendak melangkah ke hadapan. Terus
melihat markah pada kertasnya.
27/50.
"Aku dah agak".
hatinya berkata-kata.
Air mata seperti ingin jatuh dari takungan. Cepat-cepat
Ainul kesat sebelum rakannya nampak.
Ini bukan kali pertama Ainul dapat markah sebegitu.
Dah berkali-kali. Cuma kali ini dia rasa sedih yang teramat sangat.
"Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu
dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding
rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah
berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya
kerana kamu gagal menjawab
pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat
kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."
Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya.
"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana
markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain"
"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"
"Pernahkah sebelum ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"
"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan
dosa-dosa lepas?"
"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"
"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau
berikan kecemerlangan itu."
Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang
di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.
Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..
Di akhirat jualah kehidupan yang abadi..
Allahu Rabbi!!!
فإذا عزمت فتوكل على الله
#DuniakuDakwahku <3
Isnin, 5 Oktober 2015
Tawakal lah.
Kiamat
Bacalah mesti seronok
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Doa Menduduki Exam
DOA MENDUDUKI EXAM. keluar rumah : bismillahi tawakkaltu a'lallah..
(dgn nama Allah aku tawakal kepadaNya)
Otw : ya zaljalali wal ikram.
(Allah yg maha agung lagi mulia)
Msuk dewan ..: salamun koulan min rabbin rahim.
(ucapan salam dari tuhan yg maha penyayang)
Duduk : iyyaka na'budu waiyyaka nastai'n.
(hanya kpd Allah kami sembah,dan hanya kpdNya kami mohon pertolongan)
Bukak krtas soalan ..: ihdinassiratalm ustaqim.
(tunjuki lah kami jalan yg lurus)
Jawab soalan : innalaha kana a'liman hakima.
(sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana)
Soalan susah ⚠ : wakana zalika a'lallahi yasiira.
(adalah Allah yg memberi kemudahan)
Check jwapan ✅❌ : innallaha bikulli shaiin a'liima.
(sesungguhnya Allah megetahui segala sesuatu)
Hantar : wakafa billahi waliyyan wakafa billahi yasira..
(cukup lah Allah sebagai wali dan memadai lah dengan segala kemudahan)
Tawakal by PU Yusuf
BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALA ALLAH....
Yang dilihat & diukur bukanlah sejauh mana usahamu...Tapi yang diharap sejauh mana tawakalmu..Percaya nan jitu ...Pergantungan pdNya..Tapi tidak bermakna pula tidak perlu berusaha..Usahalah semampumu...tapi jangan sesekali berakidah bahawa banyaknya usahamu ..penentu kejayaan. Berimanla bahawa TAWAKALMU itu padaNYA...Itulah penentu kejayaan..Kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adalah milik ALLAH..Jadi selayaknya hendaklah dikau pohon drpdNYA semata-mata..Maka tinggalkanlah rasa duka semampumu..Kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah..hilang pedoman..Kelmarin ALLAH telah menolongmu..Maka percayalah DIA akan tetap menolongmu... Asif/asifah utk slh silap. . Robbi yasir wala tu asir....
By : pu yusuf
Uwais Al-Qorni
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda
bermata biru, rambutnya merah, dadanya bidang, kulitnya
kemerah-merahan, dagunya memanjang ke dada kerana
selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya
menumpang pada tangan kirinya, seorang ahli membaca Al
Qur’an dan sering menangis, pakaiannya hanya dua helai
sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang
satunya sebagai selendang, tiada orang yang
menghiraukan, beliau tidak dikenali oleh penduduk bumi
akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah
demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika
semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk syurga, dia
akan dipanggil berhenti dahulu dan disuruh memberi
syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk
memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah
Mudhor, semua dimasukkan syurga tiada yang ketinggalan
kerana kesolehannya.
Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Dia tidak dikenali
masyarakatnya apatah lagi dengan kemiskininan yang
dimilikinya, ramai yang suka mentertawakan, mengejek-
ejek, dan menuduhnya sebagai tukang mengadu domba,
pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan
lainnya. Seorang fuqoha’ di negeri Kuffah, kerana ingin
duduk dekat dengannya, telah memberikan hadiah dua
helai pakaian kepada Uwais al-Qarni, pemberian hadiah
tersebut disambut, namun dikembalikan olehnya seraya
berkata:
“Aku khuatir, nanti ada orang yang menuduh aku, dari mana
kamu dapatkan pakaian itu, pasti dari mencuri”.
Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak
punya sanak saudara kecuali hanya ibunya yang telah tua
dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Untuk mencukupi kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja
sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya
hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan
sehariannya bersama Si ibu, apabila ada kelebihan, dia
pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup
miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.
Kesibukannya sebagai penggembala dan merawat ibunya
yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan
ibadahnya, dia tetap melakukan puasa di siang hari dan
bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri
Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad Shollallahu
Alaihi Wassalam yang telah mengetuk pintu hati mereka
untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak
ada sekutu bagi-Nya serta Wujud ALLAH SWT Tanpa
Tempat. Islam mendidik setiap umat agar berakhlak mulia.
Peraturan-peraturan yang terdapat di dalam Islam sangat
menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang
di negeri Yaman, dia segera memeluknya, kerana selama
ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad
Shollallahu Alaihi Wassalam secara langsung.
Sekembalinya beliau ke Yaman, mereka memperbaharui
rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat
tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu
telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah
penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum termampu
berbuat begitu.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan
yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah
daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan
yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi,
tak ada yang merawatnya.
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah
Shollallahu Alaihi Wasalam ditimpa kecederaan dan gigi
baginda yang dikasihi patah kerana dilempari batu oleh
musuh-musuh baginda. Khabar ini akhirnya sampai kepada
Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga
patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya
kepada baginda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi
Wassalam, walaupun beliau belum pernah melihatnya.
ALLAHU ALLAH, lalu bagaimana pula dengan kita pada hari
ini, yang masih curiga dengan keberadaan Sayyiddinna
Muhammad Rasulillah. Sehingga ada yang membid’ahkan
amalan Maulidur Rasul atau memusnahkan segala
peninggalan sirah baginda.
Firman ALLAH Subhanahu Wa Taala;
“Dan (juga diutus untuk kaum) yang lain dari mereka, belum
pernah berhubungan dengan mereka. Dan DIA(ALLAH
Subhanahu Wa Taala) Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
[Al-Jumaah:3]
Hari berganti hari dan musim-musim suka dan gembira
terus berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung
terhadap Sayyiddina Muhammad Rasulillah membuatkan
hasrat hati Uwais al-Qarni untuk bertemu baginda
Shollallahu Alaihi Wassalam tidak dapat dipendam lagi.
Uwais merenungkan diri dan bertanya ke dalam hati,
bilakah dia dapat menziarahi Nabinya dan memandang
wajah baginda dari dekat? Tetapi, bukankah dia
mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya
dan tidak boleh ditingalkan sendirian, hatinya selalu gelisah
siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa
Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam. Akhirnya, pada
suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi
hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar
diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi Muhammad
Shollallahu Alaihi Wassalam di Madinah. Ibu Uwais,
walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar
permohonan anaknya. Si ibu amat memahami perasaan
Uwais, lalu berkata:
“Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila
telah berjumpa baginda, segeralah engkau kembali pulang.”
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat dan
tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan
ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar
dapat menemani ibunya selama beliau bermusafir menemui
kekasihnya dan kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Sesudah bersalaman sambil mengucup dahi ibu yang
dikasihinya, berangkatlah Uwais menuju ke Madinah
dengan jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari
Yaman. Beliau melalui perjalanan yang begitu mencabar,
Uwais tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang
curam, gurun pasir luas yang dapat menyesatkan serta
begitu panas di siang hari, dingin malam hari, semuanya
dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-
puasnya susuk baginda Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi
Wassalam yang selama ini dirindukannya.
Apabila Uwais al-Qarni tiba di kota Madinah. Beliau segera
menuju ke rumah Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi
Wassalam, diketuknya pintu rumah itu sambil
mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina ‘Aisyah r.a.,
sambil menjawab salam Uwais. Segera, Uwais
menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata
baginda Shollallahu Alaihi Wassalam tidak berada di rumah
melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati
sang perindu, dari jauh beliau datang untuk menemui insan
yang dirinduinya tetapi baginda Shollallahu Alaihi
Wassalam tiada di rumah.
Did alam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu
kepulangan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam
daripada medan perang. Tetapi, bila pula baginda akan
pulang? Sedangkan, masih terngiang di telinga pesan
ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar dia cepat
pulang ke Yaman, “Engkau harus lekas pulang”.
Kerana ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut
telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk
menunggu dan berjumpa dengan Nabi Muhammad
Shollallah Alaihi Wassalam. Uwais akhirnya dengan berat
hati memohon izin kepada Sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk
segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan
salamnya untuk Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dan
melangkah pulang dengan perasaan haru.
Ketika pulang dari perang, Nabi Muhammad Shollallahu
Alaihi Wassalam langsung menanyakan tentang
kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad
Shollallahu Alaihi Wassalam menjelaskan bahawa Uwais al-
Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Dia adalah
penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar
perkataan baginda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam,
Sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya terpegun.
Menurut Sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang
mencari Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dan
orang itu segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya
sudah tua serta uzur sehingga dia tidak dapat
meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni),
perhatikanlah, dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah
telapak tangannya.”
Sesudah itu Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam,
memandang kepada Sayyidina Ali k.w. dan Sayyidina Umar
r.a. dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a
dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan
penghuni bumi”.
Tahun terus berganti, dan tidak lama kemudian Nabi
Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam wafat, hingga
kekhalifahan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah
digantikan dengan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah
Umar teringat akan sabda Nabi Muhammad Shollallahu
Alaihi Wassalam tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni
langit. Beliau segera mengingatkan kepada Sayyidina Ali
k.w. untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap kali ada kafilah yang datang dari Yaman,
beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni,
apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah
itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang
terjadi sehingga Uwais al-Qorni dicari oleh kedua-dua
sahabat rafik Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam
ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih
berganti, membawa barang dagangan mereka.
Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan
kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan
kafilah yang datang dari Yaman, segera Khalifah Umar r.a.
dan Sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan
menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa dia ada bersama
mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di
perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, mereka berdua
bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni.
Tiba di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar r.a.
dan Sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun, Uwais
sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya,
Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil
bersalaman. Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar
segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan
kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan
Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi
Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam. Memang benar!
Dia penghuni langit.
Dan ditanya Uwais oleh Sayyidina Umar r.a dan Sayyidina
Ali k.w,
"Siapakah nama saudara?”
“Abdullah”, jawab Uwais.
Mendengar jawaban itu, kedua sahabat Rasulullah turut
tertawa dan mengatakan :
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah
namamu yang sebenarnya?”
Uwais kemudian berkata:
“Nama saya Uwais al-Qorni”.
Dalam bualan mereka, diketahuilah bahawa ibu Uwais telah
meninggal dunia. Itulah sebabnya, dia baru dapat bersama
rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah
Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan
mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata
kepada Khalifah:
“Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”.
“Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah,
tolonglah kami!”
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata:
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata:
“Kami datang ke sini untuk mohon do’a dan istighfar dari
anda”.
Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorni akhirnya
mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan
istighfar. Setelah itu, Khalifah Umar r.a. berjanji untuk
menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada
Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera Uwais menolak
dengan santun serta berkata :
“Hamba mohon supaya hari ini sahaja hamba diketahui orang.
Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak
diketahui orang lagi.”
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam serta
tidak kedengaran beritanya. Tetapi ada seorang lelaki
pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais, waktu itu kami
sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama
para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan
bertiup dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak telah memukul kapal kami
sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan
kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang
lelaki yang mengenakan selimut berbulu di hadapan kapal
yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu
keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa
terkejutnya kami melihat kejadian itu.
“Wahai waliyullah, Tolonglah kami!”
Tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
“Apa yang terjadi?”
“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini ditiup angin
dan dipukul ombak dahsyat?” tanya kami.
“Dekatkanlah diri kalian pada Allah!” katanya.
“Kami telah melakukannya.”
“Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca
Bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul.
Pada saat itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh
ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal kami
berserta isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu
berkata pada kami,
“Tidak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian
semua selamat.”
“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?” Tanya
kami.
“Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah
milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang
Mesir.”
“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian
akan membahagikannya kepada orang-orang fakir di
Madinah?” tanyanya.
“Ya,”jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air,
lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-
tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami
menumpanginya dan meneruskan perjalanan.
Setibanya di Madinah, kami membahagikan seluruh harta
kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang
tertinggal. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar kalau
bahawa Uwais al-Qorni telah kembali ke rahmatullah.
Anehnya, pada ketika jenazah Uwais al-Qorni akan
dimandikan tiba-tiba ramai orang yang berebut-rebut untuk
memandikannya. Dan ketika jenazah Uwais dibawa ke
tempat pembaringan untuk dikafankan, di sana sudah ada
orang-orang yang menunggu untuk mengkafankanya.
Demikian pula ketika orang hendak menggali kuburnya. Di
sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali
kuburnya hingga selesai. Ketika usungan jenazah dibawa
menuju ke tanah perkuburan, luar biasa banyaknya orang
yang berebutan untuk mengusungnya.
Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang
dari menghantarkan jenazahnya, lalu aku berniat untuk kembali
ke tempat kuburnya untuk memberi tanda [batu nisan] pada
kuburnya, akan tetapi sudah tidak terlihat bekas kuburannya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut
berperang bersama Uwais al-Qorni pada masa pemerintahan
Sayyidina Umar r.a.)
Berita kematian Uwais al-Qorni telah menggemparkan
masyarakat kota Yaman. Banyak perkara-perkara yang
menghairankan telah berlaku. Kehadiran ramai orang yang
tidak dikenali untuk menguruskan jenazah dan
pengembumiannya, sedangkan Uwais adalah seorang fakir
yang tidak dihiraukan orang. Sejak dia dimandikan
sehingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di
situ pasti ada orang-orang yang telah bersdia
melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling terrtanya-
tanya:
“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni?
Bukankah Uwais yang kita kenali, hanyalah seorang fakir
yang tak memiliki apa-apa harta, yang kerjanya hanyalah
sebagai penggembala kambing dan unta? Tetapi, ketika hari
wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman
dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak
pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah yang
ramai. Apakah mereka adalah para malaikat yang di
turunkan ke bumi, hanya untuk menguruskan jenazah dan
pengembumiannya.”
Ketika itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapakah
“Uwais al-Qorni”, ternyata dia tidak terkenal di bumi tetapi
menjadi terkenal di langit.
Buat Muslimin Muslimat
Assalamualaikum korang. Tadi lepas bace yassin, tokbah den ade bagi ceramah sikit. So sebab den sayang korang sangat sangat sebab Dia. Den pun ambil keputusan((cehh)) utk bagitahu korang pasal ni.
1. Kita kena rajin berzikir. Sebab orang yg rajin berzikir ni orang yang selalu ingat Allah. Bila hamba tu ingat Tuhan dia, of course lah Allah pun akan ingat kita kan. Kita selangkah padaNya, Allah sehasta kepada kita. Tak seronok tu ? Ya Allah
2. Rajin rajin selawat. Rasanya korang tahu kan kelebihan selawat ? Ahaha ofcourse ah, kawan ana semuanya genius genius belaka kan. Tapi den tetap nak bagitahu juga, rajin selawat, dapat syafaat rasulullah. Bayangkan kita punya timbangan mizan tu beratnya lebih kepada yang kiri dan kita termasuk dalam golongan ashabul shimal ((golongan kiri. Which is buku amalannya will be accpeted by his right hand)) but tiba tiba datang seorang lelaki tarik kita keluar drpd neraka and the only reason kita kena tarik keluar dari neraka and supp supp terus kena transfer masuk syurga is sebab kita rajin selawatt. Fuhhh. Lega. Ok stop bayangkan. Seronok dok ? ahaks
3. Qada' solat. I know kita semua ade buat dosa kan after being hitted by puberty like tinggal solat. Sebab kita dah terbiasa tinggal solat and bila dah baligh pun terikut perangai malas tu. Ish setan memang ade je nak sesatkan kita. Benci ! If u want to know, orang yang tinggal solat ni kan kan amalan dia, sedekah dia, puasa dia semua kebajikan dia Allah dok accept. Pehh. Bayangkan korang send chocolate bunga hadiah
dekat crush korang but suddenly dia tolak. Pehh apesehh perasaan kita ? Hahh amalan kita tak diterima Allah beribu ribu kali ganda broken heart doe. Ya Allah rasa macam kena panah petir dengan kelajuan voltan k ngarut. So kalau boleh kita qada' la solat tu ikut kemampuan kita
4. Al kahfi. Pehh surah ni famous. Bukan setakat famous daripada famous amos tu bahkan dia mempunyai kuasa sakti yang betul betul hebat sampaikan rasulullah arah kita yg duduk dekat akhir zaman ni hafal 10 ayat pertamanya. Tahu awat nabi suruh kita hafal ? Sebab kita ni sekarang ni ada dekat fasa genting. Fasa dimana umat islam kian mundur iman dan akidahnya saat dimana si pakcik dajjal bermata buruk datang nak hembus fitnah dekat kita biar kita sesat. Masuk neraka! Eeee geram jee tgok. Rase nak sepuk je si pakcik dajjal tu. Eh eh jangan sepuk, kalau hangpa pi sepuk dia, nanti hangpa kena sepuk balik. So sebaiknya kita belanja sepuluh ayat al kahfi kasi si pakcik dajjal tu lari lintang pukang. Padan muka. Tak kena pukul pun takut. Eheh.
5. "Wahai malaikat Janganlah engkau seksa si mati ini !" "Mengapa pula begitu ? Sesungguhnya jika engkau membela si mati, pergi lah engkau menghadap tuhanmu" si dia pun bertemu dgan tuhannya. "Wahai tuhan ku yang Maha agung, apakah engkau sanggup menyeksa si mati sedangkan aku berada di dalam hatinya ?" Maka jawab Tuhan yang Maha Esa lagi Maha agung "baiklah aku serahkan dia kepada kamu. Bela lah dia dengan syafaat mu" "yeayy" si dia pun bersorak kegembiraan. Wait siapakah 'si dia' tu ? Zayn malik ke ? Ahli exo kan ? Waittttttt nooo. Never in a million years ahaks. Si dia yang baik hati membela seseorang insan walaupun amalnya kosong tetapi sebab insan tu rela meletakkan 'si dia' di dalam hatinya, insan itu pun terselamat dri azab kubur yang maha dahsyat. Fuh ok bebel je 'si dia' itu ialah jeng jeng surah ke 67 di dalam al quran iaitu al mulk :)
6. Percaya tak yang kita ni boleh menanam kebun atau membina taman di syurga walaupun kita tak jejakkan kaki tu laie pun dalam syurga. Woahhh kok gitu ? Gi mana ya ? ((Lulz)) ahahha senang je. Rajin rajin baca zikir "subhanaallah. Alhamdulillah. La ilaha illallah. Allahu akbar" kalau kita dah ada taman dekat syurga kan. Agak agak sanggup ke Allah tolak kita ke neraka ?
7. Subhanallahi wa bihamdihi. Subhanaallahil adzim means Allah is free from imperfection and all praise is due to Him. Allah is free from imperfection, The greatest. By reading this sentence, u can 'boloskan' dacing sebelah kanan awak. Ahaks.
8. "Limit kan kegembiraan kita." Limitkan ? Alaaaa awat pulak ? Ahaha. Limitkan gembira kita dekat dunia ni. Kurangkan sikit gelak gelak, have fun semua tu sebab ad dunya sijnul mukminin wa jannatul kafir. Sebab dunia ni penjara utk orang mukmin dan syurga untuk orang kafir. Kalau hidup kita dekat dunia ni kita gunakan untuk seronok seronok happy sana happy sini je nanti dekat akhirat apa kita nak dapat ? Tak kan nak dapat sebaliknya pulakkan. And ingatlah kurangkan keseronokkan dekat dunia ni sebab kita ni bukannya dijamin masuk syurgakan. "But heyy. Kan semua orang islam akan masuk syurga ah!" Amboi. Memang lah masuk tapi awak tahan ke duduk dalam neraka berjuta juta tahun sambil tggu turn masuk syurga ? Sanggup ke ? Gulp. Ingatlah orang yang beriman dia berpenat penat n bersusah susah di dunia. Boleh rujuk sirah semula. Tapi bila di akhirat. Depa la paling bahagia btw bahagia and gembira ni lain taw. Ahaks.
9. Ok topik ni quite sensitive ahaha tapi sebab nak tegakkan kebenaran macam mana Fatimah, adik saidina umar menegakkan kebenaran tentang islam kepada saidina umar, macam asma yang ditampar abu jahal sebab tak mau beritahu mana ayahnya dan rasulnya pergi so den terpakse tegur juga. Emm tak mau ah couple couple ni. Serious kalau betul kita sayang dia kan hm sanggup ke kita bergaduh dgan dia depan Allah nanti ? So kalau betul betul sayang, putuslah dengan dia. Ye memang susah. Susah sangat. Ingat senang ke nak jaga ikhtilat ni ? Susah weh susah nak nak bila kita dah selalu dengan dia kan. Tapi cinta siapa lagi penting ? Allah ke si dia ? Hm if u guys are really meant to be together, dont worry Allah got His plan. Tu la ujian yang kita bakal terima. Wether kita redha ke tak dengan syariatNya ? Ingatlah sebab Allah tahu setiap muslim ni qowiy dats y Dia suruh kita jaga ikhtilatkan. Simpan je dia tu dalam doa. Sebab doa tu Allah pegang. Allah iya semua Allah yang pegang taw. Siapa berani mau kacau. Kalau simpan dalam hati, get ready la untuk merasaa hati yang berbolak balik kejap sayang kejap tak ahaha. Fasabrun jameel kalau takde jodoh dekat dunia ni, ada lah tu dekat syurga nanti
10. Tutup aurat ehehe. Untuk ukhtis sekalian labuhkan tudung awak. Sarungkan kaki awak dengan sehelai kain penyelamat bernama stokin. Longgarkan pakaian mu. Subhanaallah cantik kalau pakai tak tutup aurat ingat lah, mata lelaki ni macam scanner. Plus den ade bace blog sorang akhi ni dia kata "setiap inci wanita adalah indah bagi lelaki" ya Allah creepy weh. And lelaki. Tak yah nak bajet senang sangat lah. Pakai seluar tu mohon lepas lutut. Tahu tegur akhwat je. Diri sendiri pun same je padahal. Hek elehh ahaha k gurau. 11. Emm ni simple je. Kalau tak mahu boikot, mohon sumbang doa berdas das kalau bom israel jatuh ke bumi palestine k. Bukannya apa. Nanti Allah soal taw kenapa kita tak bantu saudara kita bila dah sampai akhirat nanti. Hah jangan memain. Kita happy dekat dunia sebab dapat minum stabaks n makan mekdi while our bros n sis dkat palestine syria merana kena bom kena sembelih kena bedil pehh tapii bila dekat akhirat depa semua dapat nikmat syurga yang berjuta juta juta juta or maybe zillion kali lebih best dri di dunia n kita pulak dok fikir jawapan apa nak bagi dekat tuhan bila Dia tanya awat dok mahu tolong saudara muslim kita ? Ahaha no offence
12. Selain rasulullah s.a.w, Al quran juga adalah makhluk yang diizinkan Allah untuk memberi syafaat kepada kita but bukan free k. Bayar ah bayar dulu baru boleh. Cehh ahaha. Rajinkan diri baca dan amalkan al quran. Kalau malas tu dah sampai tahap infinity kan baca satu page satu hari pun takpelah. Istiqamah Allah pun gemar.
Untuk korang, maaflah kalau ada terkasar or tersalah bahasa ke hm den sayang korang dats y den beritahu semua ni. Kan kita dah sebut "ukhwah fillah till jannah" janjikan nak masuk syurga sesama plus kalau kita terpilih untuk menghuni syurga((harap harap. Ameen ya rabbal alamin. Insyaallah)) kita boleh lihat Allah taw. Tokbah den kata, kalau kita dapat tengok Allah seribu((no sure how much)) tahun pun kita masihh kagum. Pehhhhhhhhh. Best tuuuu. Mashaallah >.< so den harap kita semua ni dapat berubah and amalkan apa yang disuruhNya dan tinggalkan laranganNya. Remember this world is nothing when akhirah is yours plus dunia pun dah tenat dah hm so banyakkan la beramal instead of fikir about duniawi. Den pun bukan budak baik. Dosa den menggunung gunung Melagha juga tapi bila fikir balik. Allah Bila matahari dah terbit belah barat, nangis menyesal air mata darah pun tak berguna taw hm
When u think no one loves u, remember dat Allah does. His love is greater than a mother's love. When u think u have no one to miss u, remember prophet Muhammad pbuh misses us sooo sooo soo muchhh. He waits u in jannah dear
So maafkan semua kesilapan den ya. Halalkan everything yang korang pernah bagi dekat den. I love u guys fillah, dear neighbours in jannah sorry panjang giler Assalamualaikum
Pak Cik Tua Yang Sabar
20 Dis 2014
27 Safar 1436H
Dalam perjalanan balik dari mall.
Aku menyelusuri lorong belakang mall. Hajatnya nak baiki kasut. Dah tercabut tapak. Nampak seorang pakcik tua di kaki lima. Orang kurang upaya. Manusia normal seperti kita, cuma tanpa sepasang kaki.
Beliau tengah mengilat kasut seorang lelaki bersut pejabat. Lelaki itu berdiri. Kakinya pada papan kasut yang disediakan. Pakcik tua tekun menjalankan kerjanya.
Kami menghampiri pakcik tua tersebut. Tunggu giliran.
"Dah siap ke? Lambat betul la kiwi pun." Lelaki tu mengeluh-ngeluh.
"Dah siap, tuan." Pakcik tua memberhentikan gosokan. Lap kali terakhir kasut lelaki yang sedang berdiri tersebut.
"Tak nampak berkilat pun. Berapa?" Lelaki itu tanya harga.
"RM3.00." Pakcik itu senyum jawab.
"Gila mahal! Dahlah tak berkilat langsung!" Sambil dia mengeluarkan 3 keping note biru. Campak ke papan kasut. Baru saja pakcik mahu mengutipnya, diletakkan kembali kasut atas tangan pakcik tersebut. Pijak tangan pakcik!
Pakcik mengaduh perlahan. Nampak berkerut mukanya yang berkedut seribu.
"Kalau buat kerja tak elok, ni lah makan dia!" Lelaki tu ketawa kemudian mengalihkan kasutnya.
Berlalu dari situ.
Aku dan kawan panas hati melihat kejadian itu. Lantas aku berteriak,
"Woi tua kutuk! Kau tak ada hati perut ke pijak tangan orang tua?"
Lelaki itu berpaling. Kemudian, ketawa. Seraya angkat jari tengahnya pada kami.
"Pergi mampus kau orang semua."
Dia tak layan. Terus berlalu. Aku cuba kejar. Nak terajang beliau. Tapi segera dihalang pakcik tua.
"Sabar, nak. Tak mengapa. Tak mengapa." Pakcik tua senyum sambil pegang sebelah kakiku.
Bagaimana pakcik boleh bersabar sedangkan kami dah hilang sabar?
Kami duduk bersila di sebelah pakcik di kaki lima.
"Allah dah banyak kali sebut Allah bersama-sama orang yang sabar dalam al-Quran. Biarlah Allah yang tunjuk amarah-Nya. Amarah pakcik, amarah kamu berdua tidak sebesar amarah Allah. Murka Allah itu lebih ganas. Lebih dahsyat." Pakcik senyum lagi.
"Tapi lelaki tu dah melampau!" Aku tak puas hati. Kawanku diam gigit bibir. Tahan marah agaknya.
"Jangan marah. Ingat. Ni cuma kesakitan kecil dibandingkan dengan umat Islam di Syria, Afrika, dan lain-lain. Di Afrika, kepala orang Islam dipijak hingga lumat. Di Syria, orang Islam disembelih hidup-hidup, disiat, dirogol. Apalah sangat sakitnya tangan pakcik ni. Tak luka pun. Dah, jangan marah ya.
Ni nak baiki kasut ya?"
Aku mengangguk perlahan. Sambil serahkan kasutku. Pakcik tu segera menjalankan tugasnya. Tampal dan jahit mana yang patut. Dibersihkan kasutku hingga nampak baru.
"Siap. RM5.00."
Kawanku keluarkan note RM50. Dihulurkan pada pakcik. "Pakcik, ambillah, tak perlu berikan baki."
Pakcik tu menolak.
"Walaupun untung pakcik sehari-hari tidak banyak. Tak sampai RM50 pun sehari, tetapi pakcik bersyukur. Yakin yang sikit itulah rezeki Allah yang bersih lagi halal. Makin banyak duit di tangan pakcik, makin gelisah hati pakcik. Lagipun pakcik tak sara sesiapa melainkan diri sendiri.
Ramai orang dapat duit banyak. Dapat duit cara cepat. Dapat duit dari keuntungan modal orang bawahan, downline dan sebagainya. Tapi duit itu segera habis. Duit itu tidak berjaya menenangkan hati. Tidak berjaya melapangkan dada."
Nak tak nak, pakcik tu nak RM5 juga. Taknak RM50. Kami akur.
"Doakan pakcik. Anak-anak ni soleh. Doa orang soleh dimakbul Allah. Doakan pakcik bahagia di alam kubur. Doakan pakcik dikurnia Syurga. Pakcik bimbang, kerana pakcik tidak berdaya segera ke masjid tiap kali masuk waktu solat, selalu terlewat sebab pakcik berjalan dengan tangan. Bimbang Allah marah. Bimbang Allah hukum pakcik sebab lambat ke masjid. Tolong ya."
Pakcik senyum. Namun di matanya berkaca-kaca.
Kawanku peluk pakcik tu erat-erat. "Insya-Allah pakcik. Amin, amin, amin."
Kami bersalam kemudian mengucapkan selamat tinggal pada pakcik tua.
Dalam perjalanan pulang, aku terasa sungguh ke dalam hati.
Kami dikatakan soleh. Hanya kerana kami pakai kopiah.
Pakcik takut dihukum Allah kerana lambat ke masjid.
Aku langsung tidak ke masjid kecuali solat Jumaat sahaja.
Pakcik sabar.
Aku sebaliknya.
Akulah bahan api neraka yang sebenarnya.
Aku.
Tak semena-mena air mata turun sendiri. Tak mampu ditahan lagi bertakung di empangan. Kolam air mata ini.
