JellyPages.com

Outside Window

Outside Window

Ahad, 4 Oktober 2015

Ilmu Itu Suci P2

Assalaamualaikum, sahabat2 semua, saya nk bg tips mcm mna kita nk dpt ilmu yg brkat n kuat ingatn..insyaAllah
1.sblm study, pastikan smua hak2 Allah kita laksanakan dulu, solat awal waktu.
2.pastikan sblm kita study, kita ambil wudhu' dulu. Berwudhu' sblm study kunci kberkatan.
3. Sebelum melihat isi-isi nota, lihatlah dulu ayat-ayat Allah.
4. Sblm study jgk, klu blh hafal ayat2 al-quran @ surah2 dlm al-quran. Cdgn, al-luqman, al-waqiah, ad-dhuha n al-insyirah.
5. Tajdid niat balik, study utk mgangkat agama Allah n bdoa spaya Allah bg kita ilmu yg bmanfaat utk islam.
6. Apabila melihat muka depan nota, bacalh bismillah n senyum, senyum utk positifkan diri kita.
7. Sekiranya mengantuk, maka ambillah wudhu' smula.
8. Stelah merasa penat study, ambillah masa utk rehat, jgn paksa diri. Tidur @ mlihat alam. Klu tidur, niat kita tidur utk mgembalikn smula tnaga n smgt study kita.
9. Jgn langkah nota/bku study kita. Letak dtmpat yg sesuai.
10. Setelah selesai, maka ucapknlah alhamdulillah n bdoalah kpd Allah, spaya ilmu yg kita study td kekal dlm ingatan kita n tawakallah kpd Allah..
Wallahu'alam
P/s: dr hamba Allah yg dhaif..
#Copy n paste
Bittaufiq wannajah fil imtihan...smoga kecemerlangan milik kita smua..insyaAllah..

Dajjal. Siapa itu Dajjal ?

⛄Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah untuk menguji keimanan manusia.
⛄ Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).
⛄Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar."
⛄Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.
⛄Antara kelebihan-kelebihan yang Allah bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.
⛄Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin. Laju deh!"
⛄Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan ada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.
⛄Nanti , Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.
⛄Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.
⛄Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.
⛄Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.
⛄ "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya."
- Nabi Muhammad SAW -
⛄ Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk menyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!
⛄ "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi."
- Nabi Muhammad SAW
⛄ Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.
⛄ Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Takdak sapa boleh tolong dah waktu tu even seorang ibu nak tolong anak.
⛄ "Kalau kita menyorok dalam air, selamat dak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara.
Tak boleh lari.
⛄ "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu."
- Syeikh Zainul Asri -
⛄ Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.

⛄ Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.Faham tak?kalau tk faham boleh tanya huhu

⛄ Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.
⛄ Amalkan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al Kahfi, maka kamu akan terselamat daripada fitnah Dajjal. Ni hadis Nabi SAW.
⛄ Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal."
⛄ "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal."
- Nabi Muhammad SAW -
⛄ Orang yang malas nak ambil tahu pasal Dajjal ni, mereka tak tahu betapa hebatnya huru hara yang akan dibawa oleh Dajjal nanti.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Jaga Kesihatan Mengikut Al-Quran

BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI :)
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..

Assalamualaikum.

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang  kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
..Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,anda dpt pahala walau slps mati .
�� Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

�� Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala

�� Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

�� Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap ada .

�� Kongsi mesej ini kpd orang
ramai ... Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akan dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu.

InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ��..

7 kalimat yg harus di biasakan..
��1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
��2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
��3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
��4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
��5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
��6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
��7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمّ

Jenis-jenis tidur

Apakah itu hailulah , Qoilulah dan a'ilulah ?
1- hailulah ialah tidur selepas solat subuh( org yg x bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki,
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat ( sumber kekuatan solat mlm )
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana , kecewa dan gelisah
Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg lalai.

Jumaat, 2 Oktober 2015

Tersirat tersurat surah Al-Fatihah

Ulangkaji:
Saat اَللّهُ  MENJAWAB AL-FATIHAH dalam solat kita"
Ramai sekali orang yang  membacanya dgn tergesa-gesa tanpa pause dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat drpd surah Al-Fatihah tersebut, اَللّهُ SWT menjawab setiap ucapan kita.
Dalam sebuah hadith Qudsi اَللّهُ  SUBHANAHU WATA'ALA ber-Firman:
"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk AKU dan untuk hamba-KU."
■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat  ke bwhnya adalah urusan hamba-NYA.
■ Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi­Rabbil 'alamin". اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU telah memuji-KU."
■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra­him", اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU telah mengagungkn-K­U."
■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", اَللّهُ  menjawab: "Hamba-KU memuja-KU."
■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, اَللّهُ SWT menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU.”
■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinas siratal mustaqiim, siratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”­ اَللّهُ  menjawab: “Inilah perjanjian antara AKU dan hamba-KU. Akan KU penuhi yang ia minta.” (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawapan indah drpd اَللّهُ  kerana اَللّهُ SWT sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka اَللّهُ SWT akan memberikan ampunan kepada-Nya.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Jika artikel Ini bermanafaat sila sampaikan kpd sahabat2 kita walaupun satu ayat
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca serta mengamalkannya maka dia akan memperolehi pahala walaupun dia sudah tiada."
(HR. Muslim).                            Wallahu'alam...

Ilmu itu Suci

Perkongsian dr sabahat

Tak boleh dgr nama 'Kak Syaza'. Satu2nya nama role model saya. Dia lah insan pertama yg kenalkan saya dgn usrah. Ya Allah.

Masa mula2 saya masuk uitm dulu, saya tak pernah tahu psal tarbiyah. Tudung saya atas dada, ikhtilat tak berapa jaga, mcm2 lah. Mgkin tak teruk, tapi memang, perasaan cinta pd Allah dan islam kurg ada.

Bila masuk uitm, pertama kali saya terduduk sebelah perempuan yg tinggi, tudungnya labuh sangat. Tak berapa cantik tapi saya senang tgk dia
Hari demi hari, orientasi, taklimat, saya perhati je cara dia

Mmg, dia tudung labuh, mcm org tudung labuh yg lain saya nampak sebelum2nya tapi saya dpt rasa dia sgt lain

Jujurnya saya kata, selama ni yg saya nampak, org tudung labuh biasa akan berdakwah melalui percakapan, berdakwah dgn nasihat, dan mcm biasa saya dh kalis dgn semua tu
Tp dgn dia, tanpa dia sebut apa2 pun dh buat saya tertarik

Masa taklimat, kalau lelaki yg berceramah, dia tak akan pandang lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi..
Tp dia dengar.

Lepas tu kalau dlm orientasi, masa bersenam, dia bersenam sekali. Tp bila tiba part tonggek2 dia akan berdiri tegak tak akan ikut

Lepas tu dia tak pilih kasih. Dia kawan je dgn semua org dan org freehair pun senang dgn dia

Dh lepas seminggu saya perhatikan dia, tiba lah waktu kelas. Ditakdirkan saya dpt duduk belakang dia.
Saya tanya dia, "nama siapa?"

Dia jawab "syazana, panggil syaza." lepas tu dia senyum. Saya tanya lagi, sbb muka dia nmpk matang dan dia mmg tinggi. "umur?"
Masa tu saya 18. Dia jawab, "20.." terus saya panggil dia akak. Sebelum ni dia belajar kt sunway college tapi tak boleh bawak.. Dia berhenti terus masuk uitm. Sbb tu dia tua sikit 2 tahun
Sejak dari tu mmg panggil dia kak syaza.

Masa dh start p&p dia mmg sgt humble. Takde pun nampak pandai ke apa ke, tapi ya Allah... Setiap kali belajar, walaupun tanpa test atau quiz, kalau lecturer dh habis ajar mesti dia akan tanya soalan2 yg tak terlintas di fikiran kami.

Dari cara dia mmg dh dpt agak, cara dia berfikir tak sama macam kami semua

Lepas tu, hadir lah test, quiz, everything and she scored 100% tak pernah bawah 96%. 96% tu lah markah dia yg paling rendah saya tgk

Sampai saya jeles lah dgn dia. Saya tanya org yg serumah dgn dia, apa dia buat smpai pandai?

Budak rumah kata dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal, lepas subuh dia tak akan tidur dan paling menarik, masa dia dtg bulan, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah2 dia boleh solat.
Saya tanya 'hah? Kenapa pelik sangat?'

Budak rumah dia kata, 'entah. Dia mmg macam tu. Haritu ada tanya kenapa, dia ckp, supaya dh kahwin nanti dan ada anak, anaknya akan tgk, hubungan dgn Allah tak pernah putus meskipun Allah bg kita cuti..'
Tegak bulu roma ni bila dgr. Sumpah, tak pernah saya lihat org luarbiasa mcm ni.
Biasa tapi luarbiasa

Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak tanya dia sesuatu. Ditakdirkan pulak saya dtg awal dan dia dh ada dlm kelas, terus saya duduk. Lama jugak lah termenung nak tanya ke tidak.
"akak, kenapa akak pakai tudung labuh?"

Dia pandang saya, senyum dan tanya saya balik, "awak rasa, kenapa?" dari cara dia tanya, dia bukan menyindir.

Biasanya kalau saya tanya org tudung labuh yg lain diorg akan jwb panjang lebar sekali hadis sehempuk ayat quran selebar semendang. Tp tidak dia.
"er... Sbb akak alim? Hehe."

"bagi awak, alim tu mcmana?" katanya sedikit ketawa mcm lucu tgk saya.

'lah dia soal aku pulak? Lagi lah aku tak tau! Hahahaha!' - monolog dlm hati. Tergaru2 kepala.
"er,, alim tu mcm akak lah. Pakai tudung labuh, kuat igt Allah.. Erm."

Lepas tu dia ketawa smbil geleng. "akak tak alim, akak masih jahil lagi. Akak pakai mcm ni sbb akak org islam, mcm awak."
Secara automatik saya rasa malu dan pegang tudung saya.

Dia smbung lagi, "kita sembah Tuhan yang sama, kan?"
Saya angguk.
"Tanya lah hati." dia senyum lagi. Secara automatik saya terfikir2 dan fikir apa yg dia kata...

Okay lah. Sng cerita, dia mmg a good role model. Bijak, suka mencari peluang, mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Dari cara dia yg serba boleh itulah saya sentiasa berbual dgn dia n berdamping dgn dia. Ditakdirkan sem kedua saya dpt serumah dgn dia, barulah saya nampak cara hidup dia didepan mata.

Hahaha. Dia mmg sgt biasa sahaja. Yg buat saya sayu bila teringat...

Tiap kali dia tidur dia akan mengigau. Tp apa yg dia mengigau tu lucu + mengkagumkan.

"jazakillah ukhti.. Ok2 esok syaza datang." "ya Allah, aku futur!" "asbahna muqminan haqqan!" antara2 apa yg dia mengigau. Yg buat saya kagum ialah, fuh. Pegangan dia tu kuat betul smpai mengigau2.

Yelah, katil double decker. Saya tidur bawah katil dia. Sebijik2 apa yg dia ngigau saya dgr. Lepas tu, mmg saya tgk, apart from solat tepat waktu, selalu mengaji, berzikir atas kain batik masa uzur, tak ada yg lain yg luarbiasa.
Melainkan sesuatu yg Allah dh takdirkan saya ternampak.

Diari dia. Dalam tu penuh dgn keluh kesah dia yg tak pernah dia cerita. Saya menangis baca. Insan gagah seperti dia rupanya ada lagi banyak masalah berbanding kita semua. Dan tak ada satu pun dari catatan dia yg tak diakhiri dgn "sungguh, Allah itu maha memudahkan segala kesulitan. Aku berserah."

Dan ditengah2 buku diari tu saya sempat nampak "1000 impian sebelum hayatku tiba."

Dalam tu lah tercatatnya semua amal harian dia yg ingin dia lakukan sebelum dia mati. Termasuklah tak tinggal berzikir meskipun cuti. Benda simple pun dia tulis. "tak mungkir janji." "satu hari 100 alhamdulillah" "husnuzon meski pada seorang cikaro"

Mcm2. Rupanya itulah kekuatan dia: Allah, dan ingat mati.

Saya dgn rela hati cakap dgn dia nak masuk duni tarbiyah, dia terus belikan saya sehelai tudung bidang 48 & sepasang handsock. Saya pakai, saya rasa selesa. Alhamdulillah. Usrah dia mmg sgt best, ada game sirah, ada part tajwid, tazkirah yg sgt best, dan hati saya terpaut masuk usrah, tak tinggal lagi dah.

Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi walaupun sibuk dgn usrah... Sng cite, dia mmg gagah. Bab dugaan dia sgt berat lah.

Akhir cerita, masa last exam saya nampak dia bengkak mata.

Tak tidur malam sampai lah ke hari exam. Ditanya2 kenapa dia tak jawab. Dia masuk dewan mcm biasa, tup2 dia keluar awal. Paper kemudiannya dia buat mcm tu lagi. Sampai habis.

Last sekali saya tanya masa dia nak cepat pergi ke sesuatu tmpt, "akak nak pergi mana? Kenapa mata akak bengkak?

"ayah akak meninggal 2 hari lepas. Akak kena balik, doakan akak tau."

Dia peluk saya lama, itulah kali terakhir saya berbicara dgn dia. Saya rasa sebak sbb dua hari ayahnya meninggal tu lah paper kami padat. Tapi dia tak balik. Dia stay kolej. Betapa luluh hati ni tgk dia gagah..      
Dia last skali kosongkan kolej. Tgk dia tak balik2, kami semua pun kemas lah barang balik kampung. Tu lah kali terakhir. Lost contact. Nombor dia dh tukar, facebook dh tak guna dah, tak ada satu pun saya dpt trace. Semua dh kehilangan dia skrg.

Akhir sekali saya nak cerita pasal psl ilmu.

Saya pernah bertanya pd kak syaza,
"akak, saya baca banyak kali nota2 saya. Tiap2 lepas kelas kot. Tp kenapa saya masih bebal lagi? Saya tgk akak rilek je dh dpt high marks"

Dia jawab, "Syaro, ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan hinggap pada benda yg kotor, cuba syaro fikir balik, ada tak apa2 yg syaro dh buat smpai ilmu tak mahu lekat pd hati?"

Saya fikir, banyak. Saya berjimba dgn kawan, saya masih ada crush, saya suka mengumpat, saya suka menyampah kt lecturer. Lecturer lambat ckit masuk kelas saya dh menyampah dah.

Terus sejak tu saya koreksi diri saya, saya jaga hati saya dari buat maksiat, walaupun sekecil2. Dan alhamdulillah sampai skrg, tak perlu struggle sgt dlm study, dh dpt faham sedalam2nya.

Akhir sekali, ayat kak syaza, "Apa2 yg disandarkan pd Allah, yg lain2 urusan akan tertembak sama tanpa perlu work hard. Ingat, syaro. Allah."

Okay, dah sekian tu je cerita kak syaza utk harini. ☺

#urbantablighgroup #whatappsshare

Al Quran

APAKAH ANDA ORANG YANG SIBUK ???
Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama.
Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan  pengajian ke guru lain, gurunya
berpesan :
"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukan. Dia
membaca Al Qur’an 3 juz sehari.
Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juz sehari.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu  ⏰pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu?Bila kita dapat melakukan banyak hal dalam waktu yang sedikit.
Itulah berkah Al Qur’an .
****************************
Sahabat,
Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk...sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.
Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. 
Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini....pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya...tanpa menggangu kegiatan harian kita yang lain.
Sahabat,
Jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hak2mu.
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 macam penyakit padanya :
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya.
[Hadits Riwayat Muslim
~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~